Wednesday, May 1, 2013

CERITA-CERITA APRIL


DEKLARASI ZEROTOHERO

Baru-baru ini aku dan semua Distributor Herbalife berkampung dekat Gambang sempena program ZeroToHero. Kalau biasanya dekat syarikat-syarikat konvesional ada program motivasi dan latihan untuk tingkatkan prestasi kan? Macam itu juga dalam Herbalife pun ada, dan ZeroToHero ini antara event besar untuk tingkatkan motivasi dan skill semua distributor Herbalife.

Entahlah, ZTH kali ini macam luarbiasa sedikit bagi aku. Mungkin sebab Maryam dah naik ke Level President Team, dan aku masih di level Get Team. Perasaan macam ditinggalkan pun ada, dan perasaan yang membakar-bakar pun ada. Macam-macam perasaan bercampur masa itu, tapi paling utama perasaan bangga sebab Upline kami dah President Team J

AKu nangis. Kelasss Kau Jahhhh

Habis sahaja ZTH, ada post meeting dan sebagainya. Aku punyalah tak sabar-sabar nak jumpa Maryam dan Hafiz. Bukan apa, aku nak buat deklarasi dekat diorang. Deklarasi luarbiasa, iaitu aku nak ubah attitude aku dan ubah jadi downline yang boleh ditegur. Huhuhu…

Rasanya ramai tak tahu, aku ini memang keras kepala. Maryam dan Hafiz pun tak tahu nak tegur aku macam mana. Tapi walau aku macam itu, aku tak pernah tak keluar kerja dan sentiasa perform kalau bab Volume. Alhamdulilah.

Jadi masa ZTH puas aku fikir dan cari kelemahan untuk diperbaiki. Akhirnya aku dapat kenal pasti, yang aku ini belum jadi downline yang cukup bagus dan dengar kata.

Masa aku jumpa Hafiz dan Maryam, aku luahkan semuanya. Paling penting aku janji dekat diorang aku atie dan semua team aku akan ke next Level secepat mungkin. Sudah semestinya, aku pun cakap yang aku nak ubah sikap dan lebih dengar kata. Siap nangis lagi bosss.. Kelas kau Jah! Hahhaaha….

InsyaAllah, semoga deklarasi aku pada Hafiz dan Maryam dapat dilaksanakan dan diredhai Allah J


KEBERKATAN WAKTU
Habis cerita tentang deklarasi. Taknak cerita lebih-lebih, takut nanti tak terbuat.

Ok, aku nak cerita sedikit tentang keberkatan waktu. Pernah tak kita terfikir yang kita macam tak cukup masa bila buat Herbalife ini. Buat-buat kerja, tiba-tiba dah nak malam. Tiba-tiba dah nak EOM, tapi volume tak cukup-cukup lagi. Pernah terjadi pada diri kita? Aku pernah, tapi Alhamdulilah sekarang sudah tidak ada.


Kenapa?

Kenapa perkara ini berlaku, mesti ada sebab. Sebabnya apa? Hehaha suspen kan?

Aku tiba-tiba nak cakap tentang perkara ini bila sideline aku Wancha cakap macam ini lebih kurang, “Macam mana kau buat eh? Bulan ini kau sibuk setelkan kelab, setelkan macam-macam tiba-tiba volume dah 7000vp?”

Serius, aku tak tahu kenapa. Tapi apa yang aku yakin adalah keberkatan waktu dan keberkatan di atas setiap yang kita lakukan. Aku selalu tengok video kuliah Dr Asri dekat Youtube tentang keberkatan waktu dan tawakal ini kepada Allah.

Formulanya mudah, apakah niat kita sejak mula kita keluar mencari rezeki dan tahap manakah tawakal kita kepada Allah? Sebab dua-dua ini saling berkait.

Tak faham? Ok aku share macam aku buat sejak keluar kerja pagi lagi.
  1.  Keluar rumah pasang niat nak cari rezeki yang halal dan berkat untuk keluarga.
  2.  Baca doa dalam kereta sebelum keluar rumah.
  3. Pasang niat lagi,nak bantu orang sihat dan menjana pendapatan.
  4. Letak tawakal sepenuhnya kepada Allah walau sekelip mata sekalipun. Selalu ingatkan diri, bukan flyers, bukan roadshow dan DMO lain yang beri rezeki. Tapi Allah yang beri rezeki.
  5.  Kerja keras, senyum tak mudah putus asa dan konsisten.
  6. Ada perancangan dari awal, apa yang nak dibuat dan sabagainya.
  7. Balik rumah tidur J

Keberkatan waktu diperolehi apabila hubungan kita dengan Allah baik, dan muamalah kita dengan manusia juga baik. Keberkatan waktu itu dapat dirasai, apabila kita mendapat apa yang kita dan sentiasa berasa lapang dan cukup dengan masa yang Allah beri.

Itu sebab rumusan keberkatan ini mudah:
Keberkatan = Hubungan dengan Allah baik + Hubungan dengan  Manusia baik

Doa Di bawah ini sangat baik untuk kita baca:
“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).



BERPINDAH KELAB
Alhamdulilah, perancangan aku dan atie untuk pindah kelab terlaksana juga. Macam-macam cabaran masa nak pindah kelab, sebab itu agenda pindah kelab sentiasa tertangguh. Akhirnya awal bulan 4 kami berpindah dari Ayer Keroh ke kawasan Melaka Sentral.


Ada banyak factor kenapa kami berpindah. Antara faktor utama ialah sebab takde orang dan kawasan di Ayerkeroh ini terlalu jauh untuk orang datang. Jadinya, kami membuat keputusan untuk berpindah, walaupun dah banyak perlaburan untuk kelab ini.

Yakin ada hikmah. Aku sentiasa berpegang dengan hikmah. Mungkin ada kebaikan berpindah di kawasan Melaka Sentral yang ramai orang dan dekat orang nak datang minum shake dan HOM.

Alhamdulilah, proses sewa dan penukaran nama api dan air berjalan lancer. Setakat hari ini, operator kelab sudah ada 6 orang. Setakat hari ini juga, Nadrah sudah ada club member, dan aku baru dapat seorang club member malam tadi.

Herbalife Opportunity Meeting (HOM) pun sudah 2 kali berjalan lancar. InsyaAllah malam esok akan ada HOM lagi.

Kami harap Kelab Baru yang diberi nama baru iaitu NutriSentral ini diberkati dan ramai orang yang datang minum shake J



YASSIR MASUK HOSPITAL
Ujian dari Allah. Lagi 3 hari nak EOM, Yassir dimasukkan ke Hospital, semuanya gara-gara jangkitan di paru-paru. Jangkitan berlaku sebab kahak dekat paru-paru dah lebih sebulan. Doktor kata tak serius, Cuma kena Neb dan sedut kahak.

Memang trauma Yassir aku rasa, sebab hari-hari kena Neb lepas itu physio datang untuk sedut kahak pula guna getah tu. Fuhhh melalak bukan main, tapi doctor kata lagi bagus dia melalak. Sebab rongga-rongga terbuka dan proses sedutan kahak itu lebih mudah.

yassir kena NEB


Duduk 3 hari dekat Hospital Pantai memang sesuatu yang tak menyeronokkan. Alhamdulilah, internet akses laju, dan semua transaksi untuk EOM berjalan baik  J

Walaupun berEOM di Hospital kami selesai 3rd cut VIP Extravaganza dengan  7700VP. Syukur kepada Allah. Tahniah juga kepada semua team kami yang berhempas pulas untuk sukses dan volume point J


Yassir dah sihat :)



WLC (WEIGHT LOSS CHALLANGE)

Masih ingat entri lepas aku tentang WLC? Entri lepas aku ada cerita pasal dapat seorang peserta dari FB kan. ALhamdulilah, peserta itu namanya Zul, menang dapat no 3. Ceria dia sebab menang, dan program turun berat badan pun berjalan dengan baik.

Hari itu daftar sebagai peserta



Kini menang no 3 :) hanya 4 minggu sahaja.


Bagi yang tak tahu apa-apa tentang WLC ini, boleh rujuk ENTRI WLC aku yang lepas.



Apa-apa pun kami berharap semua orang terus berada dalam keadaan sihat dan diberkati J


Jom Sihat dengan Herbalife.
NutriSentral,
Kesihatan anda bermula di sini.



4 comments: