Friday, June 21, 2013

BANGKOK DANGEROUS - PART 1

Assalamualaikum semua :)

Fuhh malam ini baru rasa selesa dan rasa sihat sikit lepas balik dari Bangkok semalam. Tak tahu kenapa, landing sahaja dari Bangkok dekat KLIA aku terus macam nak demam. Selesema, batuk-batuk dan kepala pening sahaja. Mungkin kurang minum air dan makan tak teratur rasanya dekat Bangkok.

Ok tak kisahlah, yang penting entri kali ini nak cerita sedikit tentang perjalanan kami ke Bangkok. Nak cerita untuk orang lain, supaya lepas ini kalau nak ke Bangkok dah tahu serba sedikit perkara-perkara asas untuk ke sana.

TIKET FLIGHT

Fuhh (mengeluh lagi) haha bukan mengeluh pun. Tapi lebih kepada penat. 4 bulan sebulan Extravaganza dekat Bangkok, macam-macam perkara nak disediakan dan disiapkan. Memandangkan team Maryam bawa lebih 100 orang, kami dibahagikan ikut Tab Team masing-masing.

Jadinya, setiap urusan macam pakej travel dan detail-detail peserta perlu diselesaikan secepat mungkin. Mungkin tak tahu, TAB team perlu dahulukan duit mereka untuk tempah flight dan hotel di Bangkok. Semuanya sebab gunakan Travel Agent, jadinya mereka perlukan deposit secukupnya untuk secure flight dan hotel.

Alhamdulilah, menjelang nak ke Extravaganza Bangkok, semuanya selesai. Cuma ada beberapa orang yang saat-saat terakhir tarik diri dan sebagainya.




Tuesday, June 4, 2013

KISAH MELBOURNE DAN CHRISTIAN RONALDO (CR7)

Assalamualaikum semua.

Fuhh tajuk bukan main lagi, macam tajuk novel pula. Sebenarnya, ada dua perkara yang saya nak kongsikan untuk entri kali ini.


PERTAMA: Persiapan ke Melbourne


Ini adalah kali pertama saya sekeluarga ke luar negara pada waktu sejuk. Lebih menyeronakkan ibubapa saya dan ibubapa mertua turut serta melancong bersama-sama kali ini. Untuk ibubapa saya, ini adalah kali pertama mereka ke luar negara (selain dari menunaikan fardhu haji) yang agak jauh dan bersama-sama dengan saya.

Masing-masing teruja, terutama ibubapa saya. Sejak hari pertama kami layak untuk mendapat percutian secara percuma tajaan Herbalife, ibu saya tidak putus-putus beritahu adik-beradik dan sanak saudara. Ibu sangat gembira, dan saya faham kenapa beliau gembira. 

Sunday, June 2, 2013

MAJLIS AQIQAH MUHAMMAD YASSIR


NAK AQIQAH YASSIR


Sebenarnya dah lama nak aqiqahkan Yassir, tapi tak sempat-sempat. Setiap kali merancang nak buat, ada sahaja program yang melibatkan komitmen kami di luar. Kita merancang dan Allah pun merancang. Alhamdulilah, akhirnya ada juga masa yang laksanakan ibadah Aqiqah untuk Muhamad Yassir.

Ibadah Aqiqah untuk Muhammad Yassir akan dibuat sama hari dengan majlis Pernikahan Ipar kami, iaitu pada minggu ini. Semoga semuanya dipermudahkan dan diberkati oleh Allah.

Sempena nak laksanakan ibadah Aqiqah ini, saya nak berkongsi sedikit tentang Ibadah ini dan apakah sebenarnya hikmah ibadah ini disyariatkan oleh Allah.


IBADAH AQIQAH
Manakala menurut Imam Ahmad, "Persoalan aqiqah menurut pandangan kami adalah bahawa orang yang menyembelih aqiqah. Dia boleh melakukan aqiqah untuk anaknya dengan kambing, sama ada kambing jantan mahupun betina. Aqiqah itu bukanlah wajib, akan tetapi mustahab (disukai/sunnah) dan ia sentiasa diamalkan oleh orang-orang dari kalangan kita." (Al-Muwata' bab Aqiqah) 


Menurut Ibnu Qayyim, beliau memetik kata-kata Imam Jauhari bahawa Aqiqah adalah "Menyembelih haiwah pada hari ketujuh bayi dilahirkan dan mencukur rambutnya." (Tufatul Maudud)

Kalau ikutkan definasi yang diambil dari Ibnu Qayyim kebanyakkan para ulama meletakkan kadar hari untuk melaksanakan aqiqah.  Tetapi Ibnu Qayyim memberi sedikit penjelasan dalam kitab yang sama tentang perkara ini dengan berkata, " Ibnul Qayyim, "Melaksanakan aqiqah pada hari ke tujuh adalah sunnah. Namun, jika disembelih pada hari ke empat, ke lapan, ke sepuluh, atau selepasnya tetap dikira sebagai aqiqah. Aqiqah itu dikira mengenai hari penyembelihan bukannya hari dimasak dan dimakan."

Wednesday, May 22, 2013

JALAN ITU BERLIKU, TETAPI BERNILAI




JALAN ITU BERLIKU

Waktu mula-mula saya dengan herbalife, macam-macam perkara berlaku. Ada yang manis dan ada yang pahit, tapi saya telan semuanya. Kenapa kita mahu kesal, kenapa kita mahu berputus asa. Itu pesan saya pada diri. 

"Kejap je tu."
"Takkan kemana-mana kau ini."

Pernah dengar perkataan-perkataan sinis macam di atas? Kalau ada yang mengangguk saya ucapkan tahniah. Sebab hanya orang yang luar biasa dan sentiasa maju kehadapan akan mendapat 'pujian' seperti di atas. Tetapi ada juga yang termakan dengan 'puji-pujian' tersebut dan akhirnya berputus asa dan berhenti. 

Perjalanan masih panjang, ada yang berliku dan ada yang bersimpang-siur. Belum nampak lagi destinasi yang akan dituju, tetapi dalam perjalanan tersebut akan ada yang berhenti yang akhirnya mereka terus hanyut dibawa arus yang tinggi. Tinggallah, beberapa orang yang terus maju dengan kepercayaan bahawa destinasi itu semakin dekat. Orang-orang ini  akan terus berjalan, berlari atau merangkak sekalipun yang akhirnya sampai di destinasi.




Analogi ini sama sahaja perjalanan yang ada dalam Herbalife. Telah ramai yang melaluinya, dan ramai juga yang kecundang dan terus berhenti dan meninggalkan Herbalife. Mereka terlalu kecewa, mereka kecewa kerana usaha 3 tahun mereka masih belum membawa hasil. Tetapi mereka terlupa, sudah ada insan yang berada di dalam Herbalife selama 30 tahun dan mereka kini berada di puncak.

Wednesday, May 1, 2013

CERITA-CERITA APRIL


DEKLARASI ZEROTOHERO

Baru-baru ini aku dan semua Distributor Herbalife berkampung dekat Gambang sempena program ZeroToHero. Kalau biasanya dekat syarikat-syarikat konvesional ada program motivasi dan latihan untuk tingkatkan prestasi kan? Macam itu juga dalam Herbalife pun ada, dan ZeroToHero ini antara event besar untuk tingkatkan motivasi dan skill semua distributor Herbalife.

Entahlah, ZTH kali ini macam luarbiasa sedikit bagi aku. Mungkin sebab Maryam dah naik ke Level President Team, dan aku masih di level Get Team. Perasaan macam ditinggalkan pun ada, dan perasaan yang membakar-bakar pun ada. Macam-macam perasaan bercampur masa itu, tapi paling utama perasaan bangga sebab Upline kami dah President Team J

AKu nangis. Kelasss Kau Jahhhh

Habis sahaja ZTH, ada post meeting dan sebagainya. Aku punyalah tak sabar-sabar nak jumpa Maryam dan Hafiz. Bukan apa, aku nak buat deklarasi dekat diorang. Deklarasi luarbiasa, iaitu aku nak ubah attitude aku dan ubah jadi downline yang boleh ditegur. Huhuhu…

Rasanya ramai tak tahu, aku ini memang keras kepala. Maryam dan Hafiz pun tak tahu nak tegur aku macam mana. Tapi walau aku macam itu, aku tak pernah tak keluar kerja dan sentiasa perform kalau bab Volume. Alhamdulilah.

Jadi masa ZTH puas aku fikir dan cari kelemahan untuk diperbaiki. Akhirnya aku dapat kenal pasti, yang aku ini belum jadi downline yang cukup bagus dan dengar kata.

Masa aku jumpa Hafiz dan Maryam, aku luahkan semuanya. Paling penting aku janji dekat diorang aku atie dan semua team aku akan ke next Level secepat mungkin. Sudah semestinya, aku pun cakap yang aku nak ubah sikap dan lebih dengar kata. Siap nangis lagi bosss.. Kelas kau Jah! Hahhaaha….

InsyaAllah, semoga deklarasi aku pada Hafiz dan Maryam dapat dilaksanakan dan diredhai Allah J

Monday, April 8, 2013

TURUN BERAT BADAN 10 KG HANYA SEBULAN



JOM TURUNKAN BERAT DENGAN MUDAH & BERKESAN DALAM MASA 30 HARI 
YES, IN A FUN WAY..


Tahniah dan Selamat Datang.

Tahniah sebab klik ke bahagian ini. Ia bermaksud anda serius dan sedang mencari cara untuk menurunkan berat badan dengan berkesan. 

Betul kan? Kami percaya anda pasti sudah mencuba pelbagai produk dan cara, tetapi ia masih gagal dan tidak berjaya mencapai target anda. 

Trend zaman sekarang, ramai nak kurus dengan cepat dan tanpa menghiraukan kesihatan. Mudah cakap, nak kurus, tapi tiada ILMU bagaimana nak kurus secara sihat. 

Berita baik untuk anda, dahulu kami pun begitu, dan pernah mengalami situasi yang sama. Konon-konon nak kurus, kami:

  • Skip Sarapan
  • Kurang minum air (takut gemuk air)
  • Tak makan tengahari
  • Exercise sampai 4 jam sehari

Akhirnya, badan makin cepat penat, kurang tenaga, orang cakap muka macam orang sakit. 

Mulalah hati mula sakit, kurang motivasi, tiada semangat, mula tidak konsisten, dan mula beri alasan dah tiada masa untuk beraktiviti. Betul kan? 

Kami pun dah pernah merasa semua ini!

Sebenarnya perkata PALING UTAMA yang perlu di atasi ialah "Mendapatkan Maklumat betul dan tepat" mengenai cara dan kaedah untuk menurunkan berat badan.

Sekarang ini terlalu banyak produk di pasaran, tetapi masalah yang sering berlaku ialah, penjual sendiri berbadan gemuk dan tiada pengetahuan tentang produk yang dijual.

Menurunkan berat badan sebenarnya sangat mudah jika kita tahu cara yang betul. Kepakaran kami adalah meREKA dan menyediakan PROGRAM yang MUDAH, SERONOK, dan BERKESAN secara KHUSUS untuk setiap individu yang berdaftar di bawah program kami, supaya anda mendapatkan hasil yang diidamkan.

Kenapa kami mention "PROGRAM KHUSUS'? Adalah penting untuk anda faham, setiap individu adalah berbeza.

Mungkin program A berkesan untuk individu bernama A, tapi tidak untuk individu B. Sebab itu, kami merangkan program yang bersesuaian dengan gaya hidup dan aktiviti harian setiap individu. Menu diet setiap individu juga adalah berbeza.

KENAPA Kami kongsikan anda program ini?

Kerana kami yakin boleh membantu anda dalam menurunkan berat badan secara sihat dan efektif. Ia bukan sekadar cakap kosong, kerana kami sendiri telah mendapat hasil dari program ini dan ramai lagi rakan-rakan yang telah berjaya.


Mereka bukan sahaja dapat menurunkan berat badan dan membuang lebihan lemak, tetapi turut mengubah gaya hidup dan kesihatan yang lebih baik dan luarbiasa. Itulah matlamat kami, iaitu membina sebuah Komiti yang lebih SIHAT, CERGAS, dan CERDAS.




 RAKAN-RAKAN YANG SUDAH BERJAYA DENGAN PROGRAM KAMI!!










KELEBIHAN PROGRAM KAMI:

Picture
  1. Tidak perlu berlapar berikan tubuh badan anda keperluan nutrisi dengan menu diet yang seimbang.
  2. Personalize meal plan yang sesuai dengan keperluan kalori setiap individu
  3. Fokus pada penurunan lemak bukan otot dan air dalam badan.
  4. Personal coachingKami akan keep track progress anda.
  5. Tips diet yang berkesan untuk kurus cepat.
  6. Pendidikan gaya hidup sihat. Info kesihatan yang anda boleh amalkan & kongsikan bersama ahli keluarga.
  7. Nutrisi Selular program ini fokus untuk proses regenerasi sel-sel yang lebih sihat.
  8. Sertai komuniti sihat berhampiran tempat tinggal anda. Anda boleh dapatkan tips-tips dari mereka yang telah berjaya.

"TAK PERNAH AKU JUMPA PRODUK YANG BOLEH KURUSKAN BADAN, DALAM MASA YANG SAMA DAPAT FITKAN BADAN DAN NAMPAK CANTIK MACAM INI." 






KENAPA KAMI LAYAK MEMBANTU / COACHING 
ANDA UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN?


  • Sudah Lebih 7 tahun  pengalaman dalam Industri Kecergasan dan Kebugaran (Health & Wellness Industry
  • Sudah lebih 100 orang berjaya menurunkan berat badan dengan kami (proven with documentation)
  • Kami telah menghadiri seminar dan latihan kesihatan setiap tahun bersama Doktor-doktor pakar. Antaranya Dr Luigi Graton, dan Louis Ignaro pemenang Anugerah Nobel.
  • Menyediakan pelan pemakanan yang terbaik dan terbukti berkesan walaupun makan nasi.
  • Menyediakan pelan senaman yang senang, efektif dan FUN
  • Sentiasa memotivasikan anda melalui support group yang akan kami masukkan anda ke dalamnya. Antaranya Whatsapp group, FB group dan Monthly Meeting.
  •  Kami sendiri telah berjaya menurunkan berat badan dengan Efektif, Cepat, Sihat, dan FUN.





MACAM MANA NAK MULAKAN PROGRAM INI?



Excited kan? Macam tak sabar sangat nak join program ini. hehe...Takpe kami faham dan tahu. Anda yang berminat untuk sertai atau nak tahu lebih lanjut tentang program ini. Bolehlah KLIK borang di bawah ini:


Selepas KLIK borang di atas ini. Anda BOLEH WHATSAPP kami di talian:



Kami akan hubungi anda melalui whatsapp atau call. Jangan segan nak angkat atau reply kami. Jika SERIUS untuk turunkan berat badan, kami akan bantu anda.
.
TERIMA KASIH

Sunday, May 1, 2011

SEKELIP MATA!

Sekelip mata!

Sekelip mata motor terbabas, dada aku terus terhentak dekat divider jalan dan …… bump!

 Jangan tertipu, takdelah motor besar macam ini. hehe..

Allah, aku tergamam sekejap. Gelap, jalan licin motor tak boleh nak gerak, kereta dekat belakang pun laju-laju. Apa yang aku buat, aku bangun cepat-cepat dan diri dekat sebelah divider. Risau kereta libas aku dari belakang.
Syukur Allah masih bagi aku nyawa. Setahu aku hentakan itu memang kuat, sampai berbekas dekat dada. Alhamdulilah lepas check, dada aku mula-mula ada getaran kuat tapi lepas duduk wad sampai jam 7 pagi semuanya baik.

Bila duk terbaring dekat katil hospital, macam-macam aku teringat dan terbayang. Aku terbayang kalau time itu Allah dah tarik nyawa aku. Astagfirullah, aku tak sempat nak buat-buat apa. Tak sempat lagi nak bertaubat, tak sempat lagi nak betul-betul taat pada Allah dan ibubapa aku. Pastu aku teringat satu persatu orang yang aku sayang. Mesti diorang tengah risau. Memang pun, ayah aku call, abang aku call, kakak-kakak aku call. Sampaikan sedara aku call. 

Alhamdulilah. Aku suruh diorang tak perlu datang. Tak teruk sangat, lagipun family aku semua dekat Johor malam tadi dengan hari ini. 

Korang ada kawan? Hargai kawan-kawan korang. Alhamdulilah, malam tadi lepas aku jatuh aku terus call housemate aku. Rompin dengan Kamil terus bergerak cari aku. Dioranglah dari awal sampai pukul 3 pagi lepak kat hospital tunggu aku. Kesian aku tengok, aku suh diorang balik rumah dulu, lepas dah ok baru aku call diorang amik aku kat hospital.

Kawan bukan time kita senang. Kalau korang nak tahu kawan korang betul-betul kawan atau tak, korang perhatikan diorang time korang susah. InsyaAllah kat situ korang boleh tahu kebenarannya. Terima kasih Rompin dan Kamil!

Kaki aku luka teruk. Last aku jatuh motor time aku form 2. Agak lama dah tak merasa luka-luka kat kaki. Aku tak menyesal, tapi bersyukur sebab Allah masih bagi peluang dekat aku menggunakan kaki milik Dia. Bayangkan, kalau kaki ini Allah ambil balik. Ya Allah…. aku tak dapat nak bayangkan.

InsyaAllah ada hikmah. Korang kalau ditimpa apa-apa,sama ada senang atau susah. Ingatlah yang semua itu ujian. Allah nak tengok, sama ada kita bersyukur atau tidak. Bagi orang beriman pula, Allah nak tambah lagi keimanan kita pada Dia. 

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.” (Surah Al Baqarah 2: 155-157 )

Apa-apa pun, insyAllah aku tetap akan ke Bangkok. Bersama kawan-kawan yang lain untuk attend Extravaganza!! InsyaAllah dengan sedikit ujian ini, bertambah kuat dan rajin aku dekatkan diri denganNya dan lagi mahu bisnes Herbalife yang aku dan tunang aku sedang jalankan. Yosh!!!