Wednesday, May 22, 2013

JALAN ITU BERLIKU, TETAPI BERNILAI




JALAN ITU BERLIKU

Waktu mula-mula saya dengan herbalife, macam-macam perkara berlaku. Ada yang manis dan ada yang pahit, tapi saya telan semuanya. Kenapa kita mahu kesal, kenapa kita mahu berputus asa. Itu pesan saya pada diri. 

"Kejap je tu."
"Takkan kemana-mana kau ini."

Pernah dengar perkataan-perkataan sinis macam di atas? Kalau ada yang mengangguk saya ucapkan tahniah. Sebab hanya orang yang luar biasa dan sentiasa maju kehadapan akan mendapat 'pujian' seperti di atas. Tetapi ada juga yang termakan dengan 'puji-pujian' tersebut dan akhirnya berputus asa dan berhenti. 

Perjalanan masih panjang, ada yang berliku dan ada yang bersimpang-siur. Belum nampak lagi destinasi yang akan dituju, tetapi dalam perjalanan tersebut akan ada yang berhenti yang akhirnya mereka terus hanyut dibawa arus yang tinggi. Tinggallah, beberapa orang yang terus maju dengan kepercayaan bahawa destinasi itu semakin dekat. Orang-orang ini  akan terus berjalan, berlari atau merangkak sekalipun yang akhirnya sampai di destinasi.




Analogi ini sama sahaja perjalanan yang ada dalam Herbalife. Telah ramai yang melaluinya, dan ramai juga yang kecundang dan terus berhenti dan meninggalkan Herbalife. Mereka terlalu kecewa, mereka kecewa kerana usaha 3 tahun mereka masih belum membawa hasil. Tetapi mereka terlupa, sudah ada insan yang berada di dalam Herbalife selama 30 tahun dan mereka kini berada di puncak.

Semuanya sebab mereka tidak berhenti, mereka terus mengorak langkah untuk menggapai cita-cita dan impian mereka. Mereka terus-menerus berkerja, bercakap dan membantu ramai insan di luar sana yang memerlukan Nutrisi.

Jom cuba kita bandingkan usaha kita dengan usaha mereka. Masih ada perasaan untuk berhenti dan berputus harap? Atau kita tersedar, banyak masa kita dibuang dengan main-main, dibuang dengan borak-borak kosong?

Cuba tanya pada diri sendiri. Berapa jam kita keluar bekerja? Berapa ramai kita bercakap dengan orang tentang Nutrisi dan kesihatan? Berapa banyak latihan dan event yang kita hadiri? Dan  berapa tinggi tawakal kita kepada Allah?


Jom kita ubah. IniKali kita ubah. Kita ubah menjadi lebih baik, ubah menjadi lebih proaktif, ubah menjadi lebih ramah dan mesra berbanding dulu. Perubahan ini akan memberi impak besar dalam kehidupan kita.

Kalau dulu kita bercakap dengan orang hanya 5 orang, kali ini kita bercakap dengan lebih 20 orang.
Kalau dulu kita borak-borak kosong di booth, kali ini kita fokus timbang lebih ramai orang di booth.
Kalau dulu kita minum shake hanya sekali, kali ini kita minum shake lebih 3 kali.
Kalau dulu kita sering complaint, kali ini kita selalu betulkan diri.


FOR THINGS TO CHANGE, YOU HAVE TO CHANGE 
(JIM ROHN)




JANGAN PANDANG BELAKANG

saya di ofis dulu
Selepas saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan sepenuh masa dengan Herbalife. Saya tidak pernah pandang belakang untuk kembali bekerja. Bagi saya keputusan untuk berhenti kerja dan bersama Herbalife secara sepenuh masa adalah keputusan paling tepat dalam hidup saya.

Dalam hidup saya, ada 2 keputusan paling penting yang pernah saya buat.

Pertama memilih isteri saya sebagai teman hidup
Kedua memilih Herbalife sebagai kerjaya saya selama-lamanya.

Ada juga suara-suara yang bertanya kepada saya, tak sayang ke berhenti kerja? Kau tak takut ke berniaga Herbalife ini? Dan macam-macam lagi suara-suara yang meragui keputusan saya.

Saya tetap terus maju tanpa memandang kebelakang sedikit pun. Bak kata cerita hantu "Jangan Pandang Belakang".

Alhamdulilah, hari ini ramai rakan-rakan pejabat lama saya mula bercerita tentang saya. Bukan cerita-cerita tidak baik, tetapi cerita-cerita kagum dengan hasil yang saya tuai sedikit demi sedikit bersama Herbalife. Bukan untuk berbangga, tetapi mahu menunjukkan bahawa usaha akan membawa hasil. Itu fitrah alam.

Macam itu juga kalau kita mahu merasa buah manga yang manis, kita perlu menanamnya, menuainya, meletak baja dan menjaganya sehingga besar dan mengeluarkan buah. Begitu juga dalam Herbalife, untuk merasa manisnya berniaga dalam Herbalife, kita perlu melalui pelbagai proses yang akan mematangkan kita. Semua proses ini akan membawa kita kepada manisnya berada dalam Herbalife.

Pohon yang kukuh kerana akarnya yang panjang dan besar. Perniagaan herbalife yang kukuh dan stabil, kerana lamanya kita keluar bekerja, membina organisasi dan ramainya rakan niaga kita yang bersama dengan  kita. Itulah formula dan cara untuk berjaya dengan kukuh dalam Herbalife.


Jangan banyak fikir lagi, jom kita keluar kerja!


Yussamir Yusof
3 tahun sudah bersama Herbalife.





No comments:

Post a Comment