Monday, March 28, 2011

SARAPAN PAGI APA?

Assalamualaikum semua.

Dah sarapan pagi? 

Ada yang jawab dah, dan ada yang jawab belum atau tak.

Kalau ada pun, sure makan nasi lemak, mee goreng atau nasi campur! Apa nasi campur pagi-pagi ni? Haha..
Korang nak tau tak, sarapan pagi yang tak betul dan tak sihat membuatkan badan kita tak dapat tenaga dan khasiat yg secukupnya. Bukan itu saja, otak juga akan dipengaruhi kerana makanan yang tak sihat dan tak bernutrisi.
 
Sapa yang suka sarapan dengan makan nasi lemak, mee goreng, dan makanan yang banyak kabohidrat akan menyebabkan gula dalam badan akan naik. Bila gula dalam darah naik, pankreas akan keluarkan banyak insulin. Fungsi insulin utk buang gula berlebihan dalam darah, dan bila dah banyak itu sebab korang akan rasa lapar. Dan bila lapar, korang akan asyik nak makan,makan, makan, dan makan. Bila dah kerap makan, apa lagi,korang akan gemok OBESITI.


 

Wednesday, March 23, 2011

Stress!

Kesian tunang aku. Tiap-tiap kali call atau jumpa nak ambil kereta, mesti selalu tgk muka aku berkerut-kerut dan stress. Dulu time aku kerja kat TM, kerja berlambak, kerja nak siap cepat, pastu bos aku expect aku pnya knowledge lagi hebat dari dia. Memang taklah aku nak kerja tiptop. Gile, kerja dari 8.30 pagi sampai 5.30 petang sangat-sangat stress. Pastu stress aku tu kadang-kadang aku pas pulak dekat tunang aku. Ingatkan makin kurang, makin perang besar ada lah. Hahah...


Life aku tak happy, kerja just nak habiskan kontrak dengan TM dan dapat gaji. Aku tak enjoy kerja dekat sana. Akhirnya, aku buat keputusan berhenti kerja!

Sunday, March 20, 2011

Tidur Di R&R

Kejayaan tak datang bergolek.


Ramai ingat aku sukses dalam bisnes herbalife (takdelah sukses mana pun) dengan cepat dan mudah. Tak ramai yang tahu yang aku pernah tidur di R&R, kasut Onizuka aku hilang, hujan lebat time naik motor dan lain-lain. Bagi aku, semua itu pengalaman yang buatkan aku lebih kuat dan kerja keras.