Wednesday, March 23, 2011

Stress!

Kesian tunang aku. Tiap-tiap kali call atau jumpa nak ambil kereta, mesti selalu tgk muka aku berkerut-kerut dan stress. Dulu time aku kerja kat TM, kerja berlambak, kerja nak siap cepat, pastu bos aku expect aku pnya knowledge lagi hebat dari dia. Memang taklah aku nak kerja tiptop. Gile, kerja dari 8.30 pagi sampai 5.30 petang sangat-sangat stress. Pastu stress aku tu kadang-kadang aku pas pulak dekat tunang aku. Ingatkan makin kurang, makin perang besar ada lah. Hahah...


Life aku tak happy, kerja just nak habiskan kontrak dengan TM dan dapat gaji. Aku tak enjoy kerja dekat sana. Akhirnya, aku buat keputusan berhenti kerja!



24 Hours resignation notice!

Gila kan. Hahah... Masa buat keptusan tu, aku dah banyak kali fikir. Setahu aku dekat sebulan lebih juga aku fikir nak berhenti kerja. Yang paling penting, aku tak consult dengan orang yang seberangan. Pertama aku consult dengan my BIG BOS, iaitu Allah. Aku solat Istikharah dan selalu doa bagi aku petunjuk n kekuatan. Then, aku consult dengan Supervisor Biasiswa aku.



Alhamdulilah, dia support aku dan bagi nasihat. Then aku call pensyarah aku. Dia ini mmg aku sangat suspek, eh respek lah der. Nama dia Sir Abby. Dari dulu sampai sekarang dia mmg supportive, apa yang dia bgtau aku ialah keputusan yang aku buat itu apa-apa yang berlaku aku kena tanggung sendiri. Tapi dia kata, dia yakin aku boleh buat dan sukses. Heh, thanks sir.

Lepas dah consult dengan org2 yang berkenaan. Aku call kakak kesayangan aku.
Apa! Nak berhenti kerja! (korang baca macam dalam drama-drama selalu guna tu)

Haha, time tu dia agak suspen gak. Lepas aku citer step by step, akhirnya dia setuju and sokong aku. Yang penting, dia aku tau apa yang aku sedang buat ini. Owh, nak gtau, Parent aku tak tahu pun masa aku buat kerja gempak ini. Kohkohkoh....

Antara sebab aku taknak bgtau parents aku, sebab aku taknak diorang terkejut. Biasalah, mak bapak kita kan sangat suka kalau kita makan gaji. Lagi pula tu, aku dapat biasiswa dengan Telekom. Surelah diorang nanti berkeras dengan aku. Alhamdulilah, keputusan aku utk tak gtau awal-awal sangat berjaya. Eh sekrang ni dah tau lah. Takkan nak sembunyi lagi. hehe :)

"Aku pun nak berhenti kerjalah!" Jangan buat keputusan terburu-buru . Kalau korang yang baca ni tiba-tiba terpengaruh nk berhenti kerja, ak tak jamin k. Haha...

Ok jap nak buat disclaimer : "Sebarang tindakan yang diambil dari pembacaan blog ini tidak akan dipertanggungjawabkan."

Aku tak kata berhenti kerja tu keputusn yang mudah. Cuba baca balik step by step yang aku buat. bak kata orang-orang Tua, ikut kata binasa, ikut hati mati. Tapi kalau ikut peribahasa aku, "kalau kita dah pilih, jangan usah berdalih-dalih" aiceh-aiceh, macam sasterawan negara pulak rasa.

APA TUJUAN AKU TULIS ENTRI NI.
Tujuan aku ialah, aku nak gtau utk berjaya, banyak bnda yang kita perlu buat dan korbankan. Korang ingat tak sayang ke nak lepaskan position aku dkt TM tu. Jawatan aku time tu ialah Penolong Pengurus atau bahasa Omputih dia Assistant Manager.

Tapi disbbkan aku takde passion, selalu stress dan takde masa dengan family dan diri sendiri. Buatkan aku fikir byk kali, sampai bila aku nak duk tercongok duduk kat ofis ini?

8 jam aku di ofis tu, kalao aku buat bisnes lagi produktif dan sangat seronok. Aku tau, yg sebrnya diri aku ni diciptakan utk berkerja sendiri. Itu yg aku pasti. Ak tahu kelebihan aku, aku tau yg aku boleh buat. And paling sure, korang sendiri tau apa kelebihan korang kan?

Alhamdulilah, sekrg  ni aku lagi happy. Aku seronok buat kerja yang aku buat sekrg. kalau jumpa kawan2 dari herbalife, happy je. Takde stress-stress. Masa aku fleksible. Ha, nak citer ni. Dengan masa yg fleksible ni lah aku dapt jumpa ibu aku on the spot bila tau dia demam dan sakit. Alhamdulilah, mmg keputusan aku tu tepat. Aku siap dapat teman ibu aku lagi dekat hospital satu malam.


aku dengan ibu aku

Aku selalu ingtkan dekt diri sendiri. Hari takkan terus panas dan terik, pasti akan ada hujan yang turun. Tapi aku yakin, setiap apa yg berlaku pd diri aku, ada hikmah tersendiri. 

Selalu aku baca al-Quran, Allah kata, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah :216)

Alamak, dah panjang juga entri kali ni. InsyaAllah, esok lusa aku cerita pula mcm mana nak manage ur money. Sebab ramai yang kerja sendiri, tapi duit lesap gitu je. Pastu mengeluh takde duit. Takper, next entri please :)

No comments:

Post a Comment