Friday, June 21, 2013

BANGKOK DANGEROUS - PART 1

Assalamualaikum semua :)

Fuhh malam ini baru rasa selesa dan rasa sihat sikit lepas balik dari Bangkok semalam. Tak tahu kenapa, landing sahaja dari Bangkok dekat KLIA aku terus macam nak demam. Selesema, batuk-batuk dan kepala pening sahaja. Mungkin kurang minum air dan makan tak teratur rasanya dekat Bangkok.

Ok tak kisahlah, yang penting entri kali ini nak cerita sedikit tentang perjalanan kami ke Bangkok. Nak cerita untuk orang lain, supaya lepas ini kalau nak ke Bangkok dah tahu serba sedikit perkara-perkara asas untuk ke sana.

TIKET FLIGHT

Fuhh (mengeluh lagi) haha bukan mengeluh pun. Tapi lebih kepada penat. 4 bulan sebulan Extravaganza dekat Bangkok, macam-macam perkara nak disediakan dan disiapkan. Memandangkan team Maryam bawa lebih 100 orang, kami dibahagikan ikut Tab Team masing-masing.

Jadinya, setiap urusan macam pakej travel dan detail-detail peserta perlu diselesaikan secepat mungkin. Mungkin tak tahu, TAB team perlu dahulukan duit mereka untuk tempah flight dan hotel di Bangkok. Semuanya sebab gunakan Travel Agent, jadinya mereka perlukan deposit secukupnya untuk secure flight dan hotel.

Alhamdulilah, menjelang nak ke Extravaganza Bangkok, semuanya selesai. Cuma ada beberapa orang yang saat-saat terakhir tarik diri dan sebagainya.




Tuesday, June 4, 2013

KISAH MELBOURNE DAN CHRISTIAN RONALDO (CR7)

Assalamualaikum semua.

Fuhh tajuk bukan main lagi, macam tajuk novel pula. Sebenarnya, ada dua perkara yang saya nak kongsikan untuk entri kali ini.


PERTAMA: Persiapan ke Melbourne


Ini adalah kali pertama saya sekeluarga ke luar negara pada waktu sejuk. Lebih menyeronakkan ibubapa saya dan ibubapa mertua turut serta melancong bersama-sama kali ini. Untuk ibubapa saya, ini adalah kali pertama mereka ke luar negara (selain dari menunaikan fardhu haji) yang agak jauh dan bersama-sama dengan saya.

Masing-masing teruja, terutama ibubapa saya. Sejak hari pertama kami layak untuk mendapat percutian secara percuma tajaan Herbalife, ibu saya tidak putus-putus beritahu adik-beradik dan sanak saudara. Ibu sangat gembira, dan saya faham kenapa beliau gembira. 

Sunday, June 2, 2013

MAJLIS AQIQAH MUHAMMAD YASSIR


NAK AQIQAH YASSIR


Sebenarnya dah lama nak aqiqahkan Yassir, tapi tak sempat-sempat. Setiap kali merancang nak buat, ada sahaja program yang melibatkan komitmen kami di luar. Kita merancang dan Allah pun merancang. Alhamdulilah, akhirnya ada juga masa yang laksanakan ibadah Aqiqah untuk Muhamad Yassir.

Ibadah Aqiqah untuk Muhammad Yassir akan dibuat sama hari dengan majlis Pernikahan Ipar kami, iaitu pada minggu ini. Semoga semuanya dipermudahkan dan diberkati oleh Allah.

Sempena nak laksanakan ibadah Aqiqah ini, saya nak berkongsi sedikit tentang Ibadah ini dan apakah sebenarnya hikmah ibadah ini disyariatkan oleh Allah.


IBADAH AQIQAH
Manakala menurut Imam Ahmad, "Persoalan aqiqah menurut pandangan kami adalah bahawa orang yang menyembelih aqiqah. Dia boleh melakukan aqiqah untuk anaknya dengan kambing, sama ada kambing jantan mahupun betina. Aqiqah itu bukanlah wajib, akan tetapi mustahab (disukai/sunnah) dan ia sentiasa diamalkan oleh orang-orang dari kalangan kita." (Al-Muwata' bab Aqiqah) 


Menurut Ibnu Qayyim, beliau memetik kata-kata Imam Jauhari bahawa Aqiqah adalah "Menyembelih haiwah pada hari ketujuh bayi dilahirkan dan mencukur rambutnya." (Tufatul Maudud)

Kalau ikutkan definasi yang diambil dari Ibnu Qayyim kebanyakkan para ulama meletakkan kadar hari untuk melaksanakan aqiqah.  Tetapi Ibnu Qayyim memberi sedikit penjelasan dalam kitab yang sama tentang perkara ini dengan berkata, " Ibnul Qayyim, "Melaksanakan aqiqah pada hari ke tujuh adalah sunnah. Namun, jika disembelih pada hari ke empat, ke lapan, ke sepuluh, atau selepasnya tetap dikira sebagai aqiqah. Aqiqah itu dikira mengenai hari penyembelihan bukannya hari dimasak dan dimakan."