Friday, June 21, 2013

BANGKOK DANGEROUS - PART 1

Assalamualaikum semua :)

Fuhh malam ini baru rasa selesa dan rasa sihat sikit lepas balik dari Bangkok semalam. Tak tahu kenapa, landing sahaja dari Bangkok dekat KLIA aku terus macam nak demam. Selesema, batuk-batuk dan kepala pening sahaja. Mungkin kurang minum air dan makan tak teratur rasanya dekat Bangkok.

Ok tak kisahlah, yang penting entri kali ini nak cerita sedikit tentang perjalanan kami ke Bangkok. Nak cerita untuk orang lain, supaya lepas ini kalau nak ke Bangkok dah tahu serba sedikit perkara-perkara asas untuk ke sana.

TIKET FLIGHT

Fuhh (mengeluh lagi) haha bukan mengeluh pun. Tapi lebih kepada penat. 4 bulan sebulan Extravaganza dekat Bangkok, macam-macam perkara nak disediakan dan disiapkan. Memandangkan team Maryam bawa lebih 100 orang, kami dibahagikan ikut Tab Team masing-masing.

Jadinya, setiap urusan macam pakej travel dan detail-detail peserta perlu diselesaikan secepat mungkin. Mungkin tak tahu, TAB team perlu dahulukan duit mereka untuk tempah flight dan hotel di Bangkok. Semuanya sebab gunakan Travel Agent, jadinya mereka perlukan deposit secukupnya untuk secure flight dan hotel.

Alhamdulilah, menjelang nak ke Extravaganza Bangkok, semuanya selesai. Cuma ada beberapa orang yang saat-saat terakhir tarik diri dan sebagainya.





HARI PERTAMA

Team aku dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama seramai 10 orang bertolak awal pada jam 1.20 petang. Dan kumpulan kedua seramai 21 orang, bertolak jam 8.20 malam. 

Terima kasih kepada Nana dan Suami serta beberapa ketua kumpulan kecil yang turut membantu bagi kumpulan kedua semasa di KLIA.

Sampai sahaja di KLIA, semua kumpulan pertama dah ada. Masing-masing tak sabar nak ke Extravaganza Bangkok. Ada 4 jam lagi sebelum naik kapal terbang, uruskan passport, tiket dan sebagainya. 

Aku ingatkan Thai Airways tak sediakan makanan, jadinya sejam sebelum naik kapal terbang makan sekejap dekat Restoran Kopitiam dekat KLIA. Makan nasi lemak bagai, last-last dekat dalam kapal terbang dapat makanan. :)

Alhamdulilah, aku suka naik Thai Airways. Selesa dan tak bosan, sebab diorang sediakan TV dan rancangan yang banyak gilee. Cerita-cerita yang baru keluar dekat pawagam pun ada, jadinya sejam 30 minit memang tak rasa pun. Tup-tup dah sampai Bangkok :)

Waktu Thailand sejam lambat dari waktu Malaysia. Kalau sampai Thailand, siap-siap tukar waktu takut nanti tersilap bajet masa. 

BAGI PENGGUNA TELEFON BIMBIT
Kalau memang perlukan akses internet dan call, boleh terus beli simkad prepaid dekat kedai-kedai telco yang terdapat di Airport. Tak perlu risau, korang boleh pergi ke tingkat 2 dan dekat situ ada banyak syarikat telco yang boleh dipilih.

Aku sarankan, ambil telco DTC. Nama simkad ini ialah Happy Tourist simkad. Macam gambar dekat bawah ini:


Bagi yang pakai smartphone jangan risau, simkad ini ada microsim yang boleh digunakan. Tak mahal pun simkad ini, hanya 299 bath lebih kurang RM30. Yang paling best korang akan dapat 7 hari UNLIMITED internet. Jadi, senanglah nak berfacebook, bertwitter, atau yang paling best berinstagram :)

Ramai orang-orang Herbalife suka upload gambar kan, macam aku juga. Jadinya bila dapat unlimited Internet, sangat-sangatlah gembira. Sebab boleh upload semua gambar-gambar semasa Extravaganza dan semasa jalan-jalan sekitar Bangkok :)


Gambar dekat atas ini, atie tengah tunjuk orang-orang Herbalife tengah beratur beli simkad Happy tourist. :)


Sampai saja dekat Airport kena tunggu Tour Guide dan macam-macam hal lagi. Ingatkan nak jamak Solat dekat Hotel, tetiba teringat waktu dekat Thai cepat dari Malaysia.

Jadinya pakat-pakat solat dekat surau Airport. Bagi mereka yang pertama kali nak ke Thailand, jangan risau, sebab Airport ini ada sediakan surau dekat Tingkat 3. Kalau tak tahu, tanya saja dekat petugas-petugas airport, sure diorang tahu :)


Lepas solat, kitorang terus menuju ke Hotel di Area Nana Square. Nama hotel kami ROYAL BENJA.
Area Nana Square adalah kawasan yang penuh dengan pelancong dari timur tengah. Disebabkan itu, korang jangan risau tentang masalah makanan halal dekat area sini. Majoriti korang boleh nampak kedai-kedai makanan halal berderet-deret dekat sini. Ada Thai Halal, ada Indian Halal dan makanan arab.

Hanya 200 meter dari hotel dah boleh dapat makanan halal. Kalau nak barang-barang dapur macam air mineral, biskut ke, maggee ke atau apa-apa lah macam dekat tesco tu, korang boleh dapatkan dekat FOODLAND. Store ini pun tak jauh dari hotel, sekitar 5 minit jalan kaki.

Kalau nak rasa TomYam Kung pun ada saja dekat-dekat situ. Rasa dia boleh tahan, harganya pun lagi boleh tahan :) hahaha


Sepinggan nasi dan semangkuk tomyam 220Bath, bersamaan RM22. Amacam bos harga dia? hahhaha :)
Ok lah, yang penting dah rasa macam mana sedapnya Tomyam Kung buatan Thailand, ori beb.

So ini baru hari pertama, insyaAllah next entri ada cerita menarik pula tentang hari kedua dan seterusnya. Bagi mereka yang tengah mencari idea tentang Bangkok dan apa itu Extravaganza Herbalife, boleh baca next entri.

Lepas dah makan puas, balik hotel makan omega 3, minum aloe dan terus tidur.  Badan sihat, terjaga dan tak takut tentang kegemukan :) heheh Bestnya Herbalife :)

Depan Hotel Royal Benja













No comments:

Post a Comment