Assalamualaikum semua :)
Fuhh malam ini baru rasa selesa dan rasa sihat sikit lepas balik dari Bangkok semalam. Tak tahu kenapa, landing sahaja dari Bangkok dekat KLIA aku terus macam nak demam. Selesema, batuk-batuk dan kepala pening sahaja. Mungkin kurang minum air dan makan tak teratur rasanya dekat Bangkok.
Ok tak kisahlah, yang penting entri kali ini nak cerita sedikit tentang perjalanan kami ke Bangkok. Nak cerita untuk orang lain, supaya lepas ini kalau nak ke Bangkok dah tahu serba sedikit perkara-perkara asas untuk ke sana.
TIKET FLIGHT
Fuhh (mengeluh lagi) haha bukan mengeluh pun. Tapi lebih kepada penat. 4 bulan sebulan Extravaganza dekat Bangkok, macam-macam perkara nak disediakan dan disiapkan. Memandangkan team Maryam bawa lebih 100 orang, kami dibahagikan ikut Tab Team masing-masing.
Jadinya, setiap urusan macam pakej travel dan detail-detail peserta perlu diselesaikan secepat mungkin. Mungkin tak tahu, TAB team perlu dahulukan duit mereka untuk tempah flight dan hotel di Bangkok. Semuanya sebab gunakan Travel Agent, jadinya mereka perlukan deposit secukupnya untuk secure flight dan hotel.
Alhamdulilah, menjelang nak ke Extravaganza Bangkok, semuanya selesai. Cuma ada beberapa orang yang saat-saat terakhir tarik diri dan sebagainya.