Tuesday, June 4, 2013

KISAH MELBOURNE DAN CHRISTIAN RONALDO (CR7)

Assalamualaikum semua.

Fuhh tajuk bukan main lagi, macam tajuk novel pula. Sebenarnya, ada dua perkara yang saya nak kongsikan untuk entri kali ini.


PERTAMA: Persiapan ke Melbourne


Ini adalah kali pertama saya sekeluarga ke luar negara pada waktu sejuk. Lebih menyeronakkan ibubapa saya dan ibubapa mertua turut serta melancong bersama-sama kali ini. Untuk ibubapa saya, ini adalah kali pertama mereka ke luar negara (selain dari menunaikan fardhu haji) yang agak jauh dan bersama-sama dengan saya.

Masing-masing teruja, terutama ibubapa saya. Sejak hari pertama kami layak untuk mendapat percutian secara percuma tajaan Herbalife, ibu saya tidak putus-putus beritahu adik-beradik dan sanak saudara. Ibu sangat gembira, dan saya faham kenapa beliau gembira. 


Tidak ada perkara yang lebih buat saya gembira apabila dapat menggembirakan kedua ibubapa saya. Doa mereka, dan restu mereka sejak saya mula dengan Herbalife tidak pernah putus-putus sehingga sekarang. Apalah sangat dengan percutian ini kalau nak dibandingkan dengan apa yang telah mereka korbankan untuk saya.

Teringat saya dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam an-Nasai yang bermaksud, "‘Abd Allah ibn ‘Amr radhiallahu 'anh menerangkan bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: “Sesungguhnya aku datang untuk memberi janji taat setia (bai‘ah) kepada engkau untuk berhijrah, akan tetapi aku meninggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis.” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya: “Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.”(Diriwayatkan oleh Imam an-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan an-Nasai)


Alhamdulilah Isnin lepas kami sekeluarga membeli sedikit keperluan untuk ke Melbourne. Dijangkakan pada awal Julai nanti suhu agak sejuk sehingga mencecah -5. Manakala antara tentatif kami ialah melawat Gunung Baw Baw, pasti keadaan di sana lebih sejuk. Untuk mengelakkan sebarang masalah, kenalah bersiap-siap secukupnya sebelum ke sana.







Seronok dalam Herbalife ini, kita kerja kuat-kuat, dapat duit dan dapat percutian percuma. Siap boleh keluarga dan paling seronok semuanya dibyar!

Itu sebab dalam Herbalife ada lifestyle yang dapat dikongsi bersama. Saya tidak pasti jika masih bekerja dengan orang, bilakah saya mampu untuk bawa keluarga dan ibubapa untuk bercuti sejauh dan semahal negara Australia. Alhamdulilah, semuanya kerana Allah.


KEDUA: CRISTIANO RONALDO & HERBALIFE



Wohaaaaa....... Ingatkan hanya khabar angin semata-mata. Alhamdulilah, pagi tadi baru dapat tahu secara RASMINYA Herbalife menaja CR7 sebagai duta Herbalife. Bukan sekadar memakai jenama Herbalife, tetapi beliau juga perlu minum Herbalife untuk sport performane beliau.

Kalau sebelum ini Messi mewarnai Herbalife dengan kehebatan beliau, kini seorang lagi pemain bola sepak terhandal dunia bersama-sama dengan Herbalife.

Kenapa orang-orang Herbalife excited sangat? Macam manalah kami tak excited, bayangkan pemain bola terkenal yang harga perpindahannya sahaja boleh beli kapal terbang, tiba-tiba bersetuju untuk bersama Herbalife sebagai duta dan minum Herbalife!! 

Jom guna logik. Takkanlah CR dan Messi yang sangat-sangat menjaga badan sesuka hati nak makan produk yang lekeh-lekeh dan cikai? Pastilah, mereka berdua ini akan mengambil makanan tambahan yang bagus, dan terbaik bagi memantapkan performance dan kesihatan mereka. 


Jadi apa tunggu lagi. Kita yang tak semahal mereka dan tidak sehandal mereka bermain bola sepak takkan nak menyombong lagi tak mahu makan Herbalife? hehehe....




Jom makan Herbalife untuk NUTRISI!

YUSSAMIR 
0126714353





No comments:

Post a Comment