Sunday, May 1, 2011

SEKELIP MATA!

Sekelip mata!

Sekelip mata motor terbabas, dada aku terus terhentak dekat divider jalan dan …… bump!

 Jangan tertipu, takdelah motor besar macam ini. hehe..

Allah, aku tergamam sekejap. Gelap, jalan licin motor tak boleh nak gerak, kereta dekat belakang pun laju-laju. Apa yang aku buat, aku bangun cepat-cepat dan diri dekat sebelah divider. Risau kereta libas aku dari belakang.
Syukur Allah masih bagi aku nyawa. Setahu aku hentakan itu memang kuat, sampai berbekas dekat dada. Alhamdulilah lepas check, dada aku mula-mula ada getaran kuat tapi lepas duduk wad sampai jam 7 pagi semuanya baik.

Bila duk terbaring dekat katil hospital, macam-macam aku teringat dan terbayang. Aku terbayang kalau time itu Allah dah tarik nyawa aku. Astagfirullah, aku tak sempat nak buat-buat apa. Tak sempat lagi nak bertaubat, tak sempat lagi nak betul-betul taat pada Allah dan ibubapa aku. Pastu aku teringat satu persatu orang yang aku sayang. Mesti diorang tengah risau. Memang pun, ayah aku call, abang aku call, kakak-kakak aku call. Sampaikan sedara aku call. 

Alhamdulilah. Aku suruh diorang tak perlu datang. Tak teruk sangat, lagipun family aku semua dekat Johor malam tadi dengan hari ini. 

Korang ada kawan? Hargai kawan-kawan korang. Alhamdulilah, malam tadi lepas aku jatuh aku terus call housemate aku. Rompin dengan Kamil terus bergerak cari aku. Dioranglah dari awal sampai pukul 3 pagi lepak kat hospital tunggu aku. Kesian aku tengok, aku suh diorang balik rumah dulu, lepas dah ok baru aku call diorang amik aku kat hospital.

Kawan bukan time kita senang. Kalau korang nak tahu kawan korang betul-betul kawan atau tak, korang perhatikan diorang time korang susah. InsyaAllah kat situ korang boleh tahu kebenarannya. Terima kasih Rompin dan Kamil!

Kaki aku luka teruk. Last aku jatuh motor time aku form 2. Agak lama dah tak merasa luka-luka kat kaki. Aku tak menyesal, tapi bersyukur sebab Allah masih bagi peluang dekat aku menggunakan kaki milik Dia. Bayangkan, kalau kaki ini Allah ambil balik. Ya Allah…. aku tak dapat nak bayangkan.

InsyaAllah ada hikmah. Korang kalau ditimpa apa-apa,sama ada senang atau susah. Ingatlah yang semua itu ujian. Allah nak tengok, sama ada kita bersyukur atau tidak. Bagi orang beriman pula, Allah nak tambah lagi keimanan kita pada Dia. 

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.” (Surah Al Baqarah 2: 155-157 )

Apa-apa pun, insyAllah aku tetap akan ke Bangkok. Bersama kawan-kawan yang lain untuk attend Extravaganza!! InsyaAllah dengan sedikit ujian ini, bertambah kuat dan rajin aku dekatkan diri denganNya dan lagi mahu bisnes Herbalife yang aku dan tunang aku sedang jalankan. Yosh!!!


Wednesday, April 6, 2011

JANGAN PUTUS ASA

 
Ramai kwn aku yang buat herbalife dulu dah berhenti. Setakat ni aku ada dua orang Supervisor yg berhenti buat bisnes ini sebab cepat sgt ptus asa. Apa yang aku tahu, diorang nakkan sesuatu dgn cepat, tanpa ada rasa up atau down.

Bagi aku up dan down dalam bisnes adalah benda biasa. Kalau kau kuat dan teruskan apa yang kau percaya boleh mendatangkan kebaikan, aku rasa semua benda boleh menjadi. Mcm itu juga dengan herbalife. Tak boleh putus asa, kena terus dan terus buat.

Takkanlah  baru buat 5 bulan dah give up pastu terus berhenti? Come on lah beb. Takkan dalam masa 5 bulan kau nak dapat RM20000. Itu kalau buat skim cepat kaya bolehlah. Menipu sana sini.

Monday, March 28, 2011

SARAPAN PAGI APA?

Assalamualaikum semua.

Dah sarapan pagi? 

Ada yang jawab dah, dan ada yang jawab belum atau tak.

Kalau ada pun, sure makan nasi lemak, mee goreng atau nasi campur! Apa nasi campur pagi-pagi ni? Haha..
Korang nak tau tak, sarapan pagi yang tak betul dan tak sihat membuatkan badan kita tak dapat tenaga dan khasiat yg secukupnya. Bukan itu saja, otak juga akan dipengaruhi kerana makanan yang tak sihat dan tak bernutrisi.
 
Sapa yang suka sarapan dengan makan nasi lemak, mee goreng, dan makanan yang banyak kabohidrat akan menyebabkan gula dalam badan akan naik. Bila gula dalam darah naik, pankreas akan keluarkan banyak insulin. Fungsi insulin utk buang gula berlebihan dalam darah, dan bila dah banyak itu sebab korang akan rasa lapar. Dan bila lapar, korang akan asyik nak makan,makan, makan, dan makan. Bila dah kerap makan, apa lagi,korang akan gemok OBESITI.


 

Wednesday, March 23, 2011

Stress!

Kesian tunang aku. Tiap-tiap kali call atau jumpa nak ambil kereta, mesti selalu tgk muka aku berkerut-kerut dan stress. Dulu time aku kerja kat TM, kerja berlambak, kerja nak siap cepat, pastu bos aku expect aku pnya knowledge lagi hebat dari dia. Memang taklah aku nak kerja tiptop. Gile, kerja dari 8.30 pagi sampai 5.30 petang sangat-sangat stress. Pastu stress aku tu kadang-kadang aku pas pulak dekat tunang aku. Ingatkan makin kurang, makin perang besar ada lah. Hahah...


Life aku tak happy, kerja just nak habiskan kontrak dengan TM dan dapat gaji. Aku tak enjoy kerja dekat sana. Akhirnya, aku buat keputusan berhenti kerja!

Sunday, March 20, 2011

Tidur Di R&R

Kejayaan tak datang bergolek.


Ramai ingat aku sukses dalam bisnes herbalife (takdelah sukses mana pun) dengan cepat dan mudah. Tak ramai yang tahu yang aku pernah tidur di R&R, kasut Onizuka aku hilang, hujan lebat time naik motor dan lain-lain. Bagi aku, semua itu pengalaman yang buatkan aku lebih kuat dan kerja keras.